BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana sudi mengujungi blog ini. Jangan lihat sahaja, pilihlah yang mana berkenan di hati.

Kunjungan anda amat dihargai...Sila Datang Lagi!!

TERIMA KASIH

Thursday, August 6, 2009

KEISTIMEWAAN PRODUK KEKABU ASLI


Blog ini adalah bertujuan untuk mempromosikan produk bantal kekabu asli yang telah diusahakan oleh keluarga saya. Demi memantapkan lagi perniagaan tradisi ini saya menggunakan saluran blog agar dapat mengembangkan lagi pasaran. Segala produk baru yang dikeluakan akan diupdate sentiasa di blog ini. Bagi urusan pembelian atau tempahan bolehlah menghubungi saya melalui no. telefon atau email yang tertera. Sebarang pertanyaan juga boleh hubungi di no. tersebut.

Bagi yang kurang pasti apakah kelebihan bantal kekabu:

Sejak dari zaman berzaman penggunaan kekabu asli (dari pokok ) merupakan bahan utama dalam menghasilkan bantal maupun tilam.Keselesaannya memang diakui oleh ramai orang kerana faktor bahan tersebut yang murah, mudah didapati disekeliling dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia, kerana ia adalah sumber semulajadi. Berbanding penggunaan fiber, kekabu sintetik atau getah yang telah diproses dalam penghasilannya. Dari segi memprosesnya, apabila buah kekabu sudah cukup matang, kekapas diasingkan daripada buah dan biji mengikut kualiti warna.

Kelebihan produk kekabu ialah ia ringan, tidak menyimpan haba dan tidak mudah mengecut. Selain itu juga, keunikan kekabu itu sendiri yang lembut serta selesa. Ia amat sesuai sebagai alas tidur untuk bayi mahupun golongan dewasa. Kekabu yang dijadikan tilam atau bantal mampu bertahan selama 20 tahun. Untuk mengembalikan keselesaan pengguna, bantal atau tilam perlu dijemur dan dipukul bagi menyingkirkan habuk kekabu.

0 comments: